Isnin, 28 November 2011

Sambutan Maal Hijrah

Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki

Semalam saya bersama dengan ahli ilmu yang lain menghadiri majlis sambutan maal hijrah yang dianjurkan oleh Kolej Islam As-Sofa,Ampang bersama Tuanguru kami Al Musnid Tuanguru Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki.Tuanguru kami menceritakan tentang maksud hijrah.Beliau berkata hijrah bukan saja berpindah dari kota Makkah ke kota Madinah tetapi hijrah juga yang dimaksudkan oleh Tuanguru kami ialah hijrah untuk diri kita yang jahat kepada baik,yang malas kepada rajin.ketika berhijrah orang yang dari Makkah (muhajirin) mengikuti rombongan Nabi s.a.w ke kota Madinah.orang-orang muhajirin meninggal segala harta yang dimilikinya untuk mengikuti rombongan berhijrah ke Madinah.Sekembalinya tentera muslimin dari kepungan terhadap yahudi bani Nadhir,pelbagai harta fai'(harta yang diperolehi dari musuh tanpa berlakunya peperangan)telah dapat dikumpul oleh tentera muslimin.apabila sampai di Madinah,Rasulullah s.a.w telah membahagikan harta-harta tersebut diantara golongan muhajirin dan golongan Ansar tidak mendapat bahagian dari harta-harta tersebut kecuali dua orang sahabat yang fakir sahaja iaitu Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah.Tindakan Rasulullah s.a.w adalah disebabkan golongan muhajirin merupakan mereka yang lebih berhak mendapat harta tersebut apabila mereka terpaksa berhijrah ke madinah dengan meninggalkan segala harta milik mereka semata-mata kerana akidah mereka.Lalu orang ansar tidak bertindak apa-apa.Nabi s.a.w bertanyakan kepada orang ansar "Sekiranya kamu mahu, kamu boleh membahagikan kepada muhajirin rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu berkongsi bersama mereka harta ghanimah ini. Dan sekiranya kamu mahu kamu boleh mengambil semula rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu tidak mendapat apa-apa dari harta ghanimah ini". maka jawab mereka Malah kami akan membahagikan harta-harta kami dan rumah-rumah kami dan kami akan memberikan harta ghanimah tersebut kepada mereka dan tidak berkongsi bersama mereka.

Semalam bersama masyaikh kami,kami membaca qasidah-qasidah,syair-syair,selawat-selawat yang memuji Rasulullah s.a.w.bacaan qasidah itu semua adalah sunnah kerana Nabi s.a.w sendiri membacanya dan dibaca dihadapan Nabi s.a.w.Pada zaman Nabi s.a.w qasidah itu semua adalah senjata untuk orang Islam menentang musuh.masyaikh kami mengatakan majlis ini perlu dihidupkan semula.Para masyaikh akan menjadikan pembacaan ini amat penting.Hendaklah kamu mengambil qasidah itu semua selepas kamu membaca qur'an.Nabi s.a.w sampai ke madinah,maka Baginda s.a.w membina sebuah madrasah sebagai tanda untuk meninggalkan sesuatu yang dibuatnya semasa berhijrah.Ketika Baginda s.a.w dan beberapa orang lagi sedang sibuk membina madrasah,Nabi s.a.w mendengar orang disana membaca qasidah itu semua.Nabi s.a.w suka mendengar qasidah itu semua yang dibaca oleh mereka.maka,Baginda s.a.w telah membina satu mimbar khas untuk alunan syair-syair tersebut.
pada zaman Nabi s.a.w,di kota madinah itu adalah bandar yang sangat teruk wabaknya kata Saidina Aishah r.a.bapa Baginda s.a.w ketika itu pergi ke Madinah untuk menziarah saudaranya.maka bapa Baginda s.a.w jatuh sakit akibat wabak tersebut.
Satu hari ada satu rombongan dari kota Makkah menuju ke Madinah.dalam perjalanan ingin menuju ke Madinah,rombongan tersebut berselisih dengan seorang wanita yang sangat hodoh.bajunya compang-camping dan dll berlari keluar dari kota Madinah.apabila rombongan tersebut sampai ke kota Madinah,mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w.Ya Rasulullah s.a.w tadi kami ternampak seorang wanita yang hodoh berlari keluar dari kota madinah.maka Rasulullah s.a.w bersabda aku telah mendoakan supaya kota madinah ini terhindar dari segala wabak.kota madinah adalah tempat yang sangat diberkati.kata masyaikh kami "penipulah kalau siapa yang mengatakan kota Madinah itu bandar yang teruk wabaknya"
Masyaikh kami pergi berhijrah ke mesir dengan mengatakan beliau ingin melanjutkan pengajiannya.apabila beliau berada disana beliau bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.beliau menceritakan kisah mimpi beliau.beliau kata "saya bermimpi saya masuk ke dalam satu bilik yang didalamnya sangat bercahaya.maka saya nampak ada satu tubuh badan didalam bilik itu.lalu saya menghampirinya dan saya memeluknya seolah-olah seorang anak memeluk merindui bapanya.masyaikh kami berkata ketinggian beliau hanya sampai di dada Baginda s.a.w sahaja.lalu dipesan oleh Baginda s.a.w kepada beliau,pergilah engkau membuat kerja dakwah engkau.beliau didalam mimpi tersebut beliau bernangis dan apabila beliau terjaga dari tidur,beliau terjaga dalam keadaan menangis.lalu beliau pada keesokan harinya beliau berangkat pulang ke Malaysia dengan tujuan yang dipesankan dari Baginda s.a.w"
hari ini beliau telah berjaya dalam dakwah beliau.masyaikh kami dipanggil oleh media tv untuk membuat satu kuliah di tv,beliau menolak tawaran itu.beliau berkata maqam aku bukan untuk diperintah,tetapi maqam aku adalah memerintah.Hari ini beliau sudah berjaya menubuhkan pelbagai institusi pengajian antaranya : Sekolah Rendah Islam As-Sofa(SRIAS), Sekolah Tinggi Islam As-Sofa(STIAS), Kolej Islam As-Sofa(KIAS),Universiti Islam As-Sofa(UIAS),Kuliah Al-Azhar,dan banyak lagi yang beliau sudah tubuhkan.beliau menceritakan kepada kami sewaktu mula-mula beliau berdakwah dengan cara semasa di kampung halaman beliau,beliau pergi berdakwah dengan menaiki motor (Honda cup) dengan jubah beliau diletakkan didalam plastik,apabila sampai ditempat pengajian beliau memakai jubah tersebut,apabila tamat pengajian beliau menyimpan kembali jubahnya di dalam plastik.Kini orang hanya tahu yang beliau datang ke Kuala Lumpur dengan memakai kereta Nissan,mercedes,porsche,tetapi orang tidak tahu betapa susahnya beliau ketika dahulu.
di akhir majlis maal hijrah itu,kami beramai-ramai berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan disertai dengan doa yang sehingga menitiskan air mata oleh masyaikh kami.didalam doanya semalam,beliau sangat bersedih,menangis kerana memikirkan umat.doa beliau cukup bermakna untuk umat Islam pada hari ini.kesimpulan sambutan yang disambut semalam bersama masyaikh kami ialah beliau menceritakan hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan hijrah beliau.wallah hu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan