Rabu, 30 November 2011

Maal Hijrah bersama Tuanguru

Asy Syaikh Nuruddin al-Banjari al-Makki

Maal hijrah bersama tuanguru Syeikh Nuruddin di Masjid al-Khairiah,tmn Sri Gombak semalam (30/11/11) yang bertajuk Antara Islam Yang Diimani atau Islam Yang Diwarisi.sekarang kita boleh tengok ramai orang Islam yang diwarisi bukanlah orang Islam yang diimani.didalam majlis ilmu yang dipayungi oleh malaikat pun orang tidak menghormati.senantiasa ber"sms",main handphone,bercakap dan sebagainya.itu ialah Islam yang diwarisi kerana dia lahir-lahir sahaja dia sudah menjadi orang Islam.dia tidak mengenali Islam yang sebenarnya.memang susah kita nak mencari Islam yang diimani.Islam yang diimani kita boleh lihat pada ulama'-ulama' seperti contoh masyaikh saya Asy Syaikh Nuruddin al-Banjari al-Makki & Asy Syaikh Muhammad Fuad kamaluddin al-Maliki.Asy Syaikh mengatakan "pernah ke kita melihat permain bola apabila didalam stadium,di tengah padang mereka memegang handphone,ber"sms"?"itulah yang selalu dipesan oleh tuanguru Syeikh apabila hendak memulakan majlis ilmu dia berpesan supaya handphone dimatikan bukan di silentkan.dia amat pantang sekali apabila didalam majlis ilmu ada gangguan telefon.kerana itu adalah Islam yang diwarisi sebabnya mereka tidak yakin bahawa didalam majlis ilmu ada malaikat yang memayungi kita.apabila kita hendak meminum atau memakan hendaklah kita menggunakan tangan kanan.tuanguru Syeikh mengatakan sesiapa yang menggunakan tangan kiri itu adalah syaitan.selalu kita ternampak apabila ketika makan(menggunakan tangan) mereka akan menggunakan tangan kanan.manakala (menggunakan sudu/garfu) mereka ada yang menggunakan tangan kiri.apabila minum pula mereka menggunakan tangan kiri untuk memegang gelas/cawan.itu disebabkan Islam yang diwarisi.mereka dapat menjadi umat Islam kerana ibu bapa mereka Islam,atuk nenek mereka Islam.mereka tidak beriman dengan Islam.ketika didalam solat,imam membaca surah yang selepas membaca al-fatihah mereka mengambil dipertengahan ayat itu juga yang paling pantang bagi tuanguru Syeikh kerana membaca cerita yang tiada permulaan.mereka hanya tahu bacaan mereka itu sedap didengari.al imam al-Ghazali mengatakan ramai ahli ibadat yang kuat sembahyang tetapi hakikatnya maksiat.kerana mempamerkan kewarakan di khalayak ramai.syaitan selalu membisikkan ditelinga supaya kuat lagi bacaan,banyakkan bersolat(solat sunat),dan sebagainya supaya boleh timbul perasaan 'ujub,riak dan sebagainya.apabila hendak membaca surah selapas al-fatihah hendaklah diambil dari permulaan ayat sehingga habis.boleh saja kita membaca surah-surah lazim(juzu' amma).selepas solat wirid-wiridnya tiada,wirid-wiridnya hanya ringkas sahaja.itu adalah Islam yang diwarisi.kita kena berhati-hati apabila melakukan sesuatu ibadat.wallah hu 'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan