Ahad, 27 November 2011

Kalimah La ilaha illallah

Kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah

Maksud kalimah di atas "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah".ingatlah bahawa tiada benda lain yang berhak untuk kita sembah melainkan Allah.ada para sahabat bertanyakan kepada Baginda s.a.w. Apakah cara yang paling mulia,mudah dan cepat dalam kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.maka sabda Baginda s.a.w dengan cara menyebut kalimah "La ilaha illallah" kerana tiang arasy dan segala ciptaan Allah s.w.t terdiri atas kalimah ini.Para ahli hadith menyatakan apabila kalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang Islam,maka bermulalah kejadian yang dinamakan Qiamat.Daripada Saidina Ali r.a , maka bermulalah segala amaln sufi.Ini memandangkan kedudukan Saidina Ali r.a sebagai "pintu" kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad s.a.w.Kalimah ini juga mengandungi seluruh tasbih,tahmid dan takbir atau segala pujian kita kepada Allah s.w.t.Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harak secara semula jadi.Hal ini sukar dijelaskan.Dalam ilmu tasawwuf , harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub.

"Terdapat banyak lagi fadhilat di dalam kalimah La ilaha illallah"

2 ulasan:

  1. Saya Minta Izin untuk Kalimah serta semua Share. Terima Kasih Semoga Kita sentiasa dalam rahmat ALLAH S.W.T

    BalasPadam
  2. Mohon maaf atas kesilapan penulisan .Saya Mohon Izin Share.

    BalasPadam