Ahad, 27 November 2011

Mawlid

Kalimah Nabi Muhammad s.a.w.

Mawlid.apa yang dimaksudkan dengan mawlid?mawlid adalah satu majlis puji-pujian kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w.kita memuji Baginda s.a.w dengan kita membaca selawat ke atas Baginda,berqasidah dan banyak lagi.hari yang afdhalnya untuk kita berselawat adalah pada malam jumaat.dalam sabda Baginda s.a.w :"Berselawatlah ke atasku pada malam Jumaat dan harinya".sebab itu ulama'-ulama' pada malam jumaat mereka akan mengajurkan majlis bacaan qasidah burdah.

Mawlid boleh disebut juga sebagai selawat.di dalam selawat terdapat juga Fadhilat berselawat.Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali,nescaya Allah s.w.t akan berselawat ke atas dirinya sebanyak sepuluh kali" ingatlah wahai umat Nabi Muhammad s.a.w.janganlah kamu sombong atau beratkan mulut kamu untuk berselawat ke atas Baginda s.a.w.tiada ruginya kita berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w kerana sekali kita berselawat ke atasnya Allah s.w.t akan berselawat keatas kita sebanyak sepuluh kali.rugi ke kita untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.berkata Dr Mahmoud Al MrGlani "kita hidup di dunia ini disebabkan Rasulullah s.a.w. tanpa Baginda s.a.w,kita tidak akan ada didunia ini"

Sabda Baginda s.a.w lagi:"Orang yang paling utama bagiku di hari Qiamat untuk mendapat syafaatku ialah mereka yang paling banyak berselawat ke atasku". adakah rugi kita berselawat ke atasnya?memperbanyakkanlah berselawat kerana di hari akhirat kelak kita akan mendapat syafaat (pertolongan) dari Baginda s.a.w betapa beruntungnya orang yang berselawat ke atas Nabi s.a.w.

Sabda Baginda s.a.w lagi:"Berselawatlah ke atasku pada malam Jumaat dan harinya". ini dimaksudkan hari yang afdhalnya untuk kita berselawat adalah pada malam Jumaat.sebab itu para masyaikh saya pada malam jumaat menganjurkan majlis bacaan qasidah burdah.

Ketika berselawat ada juga adab-adab berselawat.Kita perlu menjaga adab ketika berselawat.

1)Dilakukan dengan niat untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t
2)Dilakukan dalam keadaan suci dari hadas kecil atau hadas besar
3)Dilakukan dalam keadaan menghadap kiblat
4)Sebaik-baiknya dilakukan di masjid,surau atau tempat-tempat yang suci
5)Keadaan persekitaran yang sunyi membantu penghayatan zikir dan selawat
6)Mengucapkan lafaz zikiru atau selawat dengan tepat dan difahami
7)Tidak mengganggu orang lain
8)Tidak mendatangkan fitnah dan syak wasangka masyarakat
9)Sentiasa berperibadi mulia

Antara selawat-selawatnya:

*Selawat Ibrahimiah
*Selawat Al Fatih(selawat pembukaan)
*Selawat An Nur
*Selawat Tafrijiah
*Selawat Al Ummiah
*Selawat Al 'Atiyah
*Selawat Al Kamal
*Selawat Al 'Azom
*Selawat Alfu Haajah
*Selawat Al Ghiyasah
*Selawat Al 'Azimiah(penghulu selawat)
*Selawat Syed Albadawi
*Selawat Ar Roufur Raahim
*Selawat Khatimul Quran
*Selawat Husnul Khatimah
*Selawat Ulul Azmi
*Selawat Al Futuh
*Selawat Munjiat
*Selawat Syifa'
*Selawat Syeikh Abd Qader Jailani
*Selawat Hajat Besar
*Dan banyak lagi selawat-selawat yang boleh didapati

Kaifiat Selawat

1) Sabda Nabi s.a.w:"Sesiapa berselawat ke atasku sekali nescaya Allah swt akn berselawat ke atasnya sepuluh kali"
2) Sabda Nabi s.a.w:"Sesiapa yang berselawat keatasku diwaktu pagi sepuluh kali dan diwaktu petang sepuluh kali akan mendapat syafaatku pada hari Qiamat"
3) Sabda Nabi s.a.w:"Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat seratu kali maka dia kembali di hari Qiamat bersamanya cahaya yang terang benderang seandainya diberikan kepada semua makhluk nescaya mendapat cahaya itu kesemuanya"
4) Sabda Nabi s.a.w:"Sesiapa yang berselawat ke atasku dua ratus kali pada hari Jumaat maka Allah mengampun dosanya selama dua ratus tahun"
5) Sabda Nabi s.a.w:"Sesiapa yang berselawat ke atasku seribu kali tiada mati dia sehingga dia digembirakan dengan(nikmat) syurga"

Contoh Selawat !!!


Adab-adab semasa berselawat haruslah dijaga dengan betul.pada hari ini ramai yang tidak menjaga adab semasa berselawat.kita tengok ada yang tidak menghormati majlis selawat yang dibuat,ada yang bercakap-cakap ketika majlis selawat dijalankan.kenapa kalau orang-orang yang ternama mengadakan satu majlis,kita boleh menjaga adab di dalam majlis itu?kenapa majlis selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kita tidak boleh menjaga adab semasa majlis itu diadakan?ingatlah wahai manusia yang sebenarnya junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w adalah semuli-mulia makhluk.Baginda s.a.w lagi mulia dari segala-galanya.tapi di dunia hari ini dimata kita yang mulia adalah orang-orang politik.harap sedar dirilah ya.dan apabila kita mendengar nama Baginda s.a.w kita wajib berselawat ke atasnya.Nabi s.a.w bersabda:"sesiapa yang mendengar nama ku dan tidak menjawab dengan berselawat,cilakalah orang itu" . orang yang tidak berselawat ke atas junjungan besar Nabi s.a.w tidak akan mendapat syafaat dari Baginda s.a.w.

Pada hari ini,ada golongan yang jahat.dia mengatakan perbuatan yang kita buat(majlis selawat) adalah perbuatan bid'ah,syirik masuk neraka.hey ! engkau siapa nak mengata begitu?macam neraka itu korang yang punya.sedangkan Allah dan Malaikat juga berselawat ke atasnya.engkau yang diberi hidayah oleh Allah menjadi orang Islam pun kau berkata begitu.BERTAUBATLAH WAHAI GOLONGAN INI !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan