Sabtu, 26 November 2011
Hukum Gerakkan Jari Ketika Solat
"Buku ini amat wajar dibaca.Ia membicarakan tentang permasalahan menggerakkan jari telunjuk ketika bertahiyyat di dalam solat.Ketentuan mazhab al-Syafi'e ialah menggerakkan jari telunjuk sekali sahaja.Iaitu pada lafaz Allah ketika mengucap kalimah (La ila ha illallah).Manakala perbuatan sesetengah pihak yang menggerakkan jari telunjuk atau memutarkannya berkali-kali adalah makruh.Selama mana ia tidak tertakluk kepada niat yang lain seperti niat bermain-main dalam solat maka hukumnya adalah haram dan solatnya terbatal.Jika seseorang itu menggerakkan jari kerana gatal,terlalau lapar,terlalu sejuk dan seumpamanya maka hukumnya adalah harus.Adapun amalan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa disunatkan menggerakkan jari telunjuk dalam solat secara berterusan adalah pendapat yang salah.Malangnya,pendapat ini cuba ditegakkan sesetengah kita dan mereka menyangka inilah amalan sunnah yang dinisbahkan kepada Nabi s.a.w.
Sebenarnya penisbahan mereka adalah bathil.Tidak berdasarkan kepada fakta hadis sama sekali.Bahkan pandangan ulama' empat mazhab dan selain mereka membuktikan kepada kita sebaliknya.Ikutilah perbahasan ilmiah ini berdasarkan pendalilan yang benar menerusi hadis-hadis yang sahih dan hasan.Pengarangnya juga membuat huraian terperinci tentang hadis-hadis yang dhaif dan maudhu'(rekacipta).Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku yang amat istimewa ini."
DAPATKAN BUKU INI DENGAN SEGERA SUPAYA ANDA BOLEH MENGETAHUI FAKTA YANG SEBENARNYA !!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan